KACF TOUR (KUALA LUMPUR)

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan dengan kerjasama Perbadanan Muzium Negeri Kelantan telah mengadakan Kelantan Art & Culture Festival Tour 2023 bertempat di Perkarangan Muzium Negera, Kuala Lumpur pada 24 – 26 Februari 2023 .

Program KACF adalah sebuah program yang membawa pelbagai kebudayaan dan tradisi rakyat Negeri Kelantan untuk diperlihatkan kepada masyarakat luar kelantan. Selain makanan tradisional Negeri Kelantan, KACF juga membawa alat muzik tradisional seperti Rabana Ubi dan kertuk kelapa serta gasing terbang.

Demonstrasi pembuatan batik, pembuatan wau, permainan rakyat kelantan serta banyak lagi telah memeriahkan KACF Tour yang mana telah menerima sambutan yang luar biasa dari warga Kuala Lumpur apabila beramai-ramai datang ke Program KACF Tour kali ini.

Turut hadir bersama ialah YB Mej. (B ) Dato’ Haji Md Anizam bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan, YBrs. Dr Kang Tong Hum, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara serta YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia.

 

 

 

 

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

Please publish modules in offcanvas position.