Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan akan menyertai Pameran Pelancongan Maya, Virtual Tourism Expo 2021 (VTE2021) yang akan diadakan bermula 27 hingga 30 Ogos 2021 secara dalam talian.

Dengan kerjasama daripada Persatuan Teknologi Pelancongan Digital Malaysia (DiTTAM) untuk membantu penggiat industri pelancongan tempatan dalam usaha mempromosikan pelancongan tempatan di musim covid-19 ini.

Dengan mewujudkan platform pemasaran maya untuk pemain industri yang terlibat diharap merancakkan lagi industry pelancongan tempatan selain mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

 

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

Please publish modules in offcanvas position.