Homestay Bukit Jering, Jeli - Ianya mendapat namanya sempena tumbuhan ‘Jering’ yang boleh dimakan sebagai ulaman. Lokasinya terletak lebih kurang 130 km dari Kota Bharu. Ianya terletak berdekatan dengan tarikan alam semulajadi seperti Taman Negeri Stong, Air Terjun Jelawang dan Sungai Pergau. Pengunjung boleh menikmati aktiviti “jungle tracking”, aktiviti air, memancing, menangkap ikan, menyertai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional.

Lokasi Homestay Bukit Jering adalah sebagaimana berikut

Homestay Jelawang, Dabong - Terletak sejauh 45 km dari Jeli dan 45 km dari Gua Musang. Keunikan kampung ini ialah ianya menjadi pintu utama untuk ke Air Terjun Jelawang yang tertinggi di Asia Tenggara. Aktiviti di sini ialah persembahan kebudayaan dan cara memungut sekerap getah, mendaki Gunung Stong serta menjelajah ke Gua Ikan.

Lokasi Homestay Jelawang adalah sebagaimana berikut

Homestay Kubang Telaga, Bachok - Kampung ini 40 km dari Kota Bharu dan 12 km dari Pasir Puteh. Antara aktivitinya ialah menikmati keindahan panaroma dan persembahan kebudayaan.

Lokasi Homestay Kubang Telaga adalah sebagaimana berikut

Homestay Kemuchup, Machang - Ianya mendapat nama dari sejenis tumbuhan renek iaitu kemucup. Aktiviti di sini ialah membuat wau, barangan tembikar, memungut sekerap getah, persembahan kebudayaan, berkelah di Hutan Simpan Bukit Bakar dan air terjun Jeram Linang.

Lokasi Homestay Kemuchup adalah sebagaimana berikut

Homestay Pantai Suri, Tumpat - Adalah sebuah kampung pulau yang unik terletak di Tumpat. Pengunjung boleh menikmati kehidupan nelayan boleh dirasai di kampung. Jarak Pantai Suri ke Kota Bharu ialah 18 km iaitu kira-kira 45 minit dan jarak dari Tumpat ialah 10 km iaitu kira-kira 30 minit dengan menaiki bot. Tarikan utamanya adalah mengayam tikar, bermain wau, mencari belalang rusa, menyuluh ketam, mencari kelip-kelip, menyusuri sungai di kepulauan Tumpat dan sebagainya.

Lokasi Homestay Pantai Suri adalah sebagaimana berikut

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan