Kertok - Permainan Kertok dahulunya digunakan oleh penanam padi bagi tujuan menghalau burung pada musim padi masak. Kertok diperbuat dari kayu Merbau atau Nibong yang dilubangkan di tengah-tengahnya dan diisi pula dengan tempurung kelapa. Kertok dimainkan di majlis-majlis keramaian atau majlis rasmi menyambut Pembesar Negeri. Ia boleh dimainkan oleh dua orang atau berkumpulan. Paluan Kertok juga mempunya lagu-lagu tertentu seperti Ropok, Anjol, Kuncah Manis dan lain-lain. Perusahaan ini terdapat di Kampung Petani, Sering, Kota Bharu dan Kampung Gelang Mas, Pasir Mas.

Previous Next

Wau - Permainan wau sebagai salah satu permainan tradisional di Kelantan. Permainan ini biasanya dimainkan selepas musim menuai. Terdapat banyak jenis wau seperti wau jala budi, wau kucing, wau merak, wau bulan dan lain-lain lagi. Ianya boleh di dapati sepanjang perjalanan menuju ke Pantai Cahaya Bulan.

Homestay Renok Baru, Gua Musang - Kampung ini pernah dinobatkan sebagai kampong terbersih dan tercantik. Kampung ini terkenal dalam sektor pertanian dan pembiakan ikan. Aktiviti yang terdapat di sini ialah berakit di Sungai Nenggiri, merentas kawasan penempatan orang asli, berkhemah dan mandi-manda di air terjun, melawat Taman Etnobotani, Gunung Rabong dan Air Terjun Pelangi. Kampung ini terletak lebih kurang 20 minit dari Gua Musang dengan menaiki kereta.

Lokasi Homestay Renok Baru adalah sebagaimana berikut

Homestay Batu Papan, Gua Musang - Ianya mendapat nama daripada sebuah batu besar seumpama papan dan batu yang boleh dilihat dengan jelasnya apabila paras air Sungai Galas surut. Ianya menjadi tarikan kepada pengunjung. Selain itu, para pengunjung yang bertandang ke sini akan diadakan majlis menyambut kedatangan, melawat kampung, persembahan kebudayaan dan aktiviti sungai.

Lokasi Homestay Batu Papan adalah sebagaimana berikut

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan