Dikir Barat - Dikir barat terkenal di Kelantan. Biasanya terdiri dari sepuluh hingga dua puluh orang ahli. Ianya dipersembahkan secara solo dan berkumpulan yang menyanyi, bertepuk tangan tangan, juga badan dan pergerakan tangan secara serentak, diiringi dengan alatan muzik tradisional. Watak utama dalam persembahan adalah Tok Juara dan Tukang Karut sebagai penyanyi utama.

 

Congkak - Dipercayai bermula perkataan ‘congak’ yang bermaksud pengiraan menggunakan minda. Congkak mempunyai 14 lubang dan dibahagi kepada dua bahagian menjadi tujuh setiap bahagian dan ditambah satu lubang yang besar dikenali sebagai kampung untuk dua pemain.

Sepak Bulu Ayam - Permainan ini dimainkan denga membuat bulatan dan biasanya pemain akan menggunkan kaki, buku lali dan kepala untuk bermain serta mengagih-agihkan kepada pemain yang lain dalam bulatan.

Seni Silat Tari - Seni mempertahankan diri bagi masyarakat melayu warisan paling berharga yang mana persembahannya diwarnai dengan kepelbagaian seni dan bunga tarinya. Perkataan silat itu sendiri menunjukan kesinambungan seni mempertahankan diri dengan ketangkasan dan kelembutan dalam pergerakan silat yang biasanya, dipersembahkan dalam majlis keramaian dan diiringi oleh paluan gendang tradisional dan keunikan alunan tiupan serunai.

Previous Next

Rebana Ubi - Merupakan salah satu permainan tradisi masyarakat Kelantan. Cara permainannya ialah setiap rebana ubi akan dipukul oleh dua orang dan boleh dimainkan secara paluan atau dipukul dengan tangan. Perusahaan ini boleh didapati di Kampung Petani, Sering, Kampung Banggol, Gelang Mas, Kampung Paloh Dan Palekbang.

 

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan