BANTUAN PENARIK BECA (II)

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan telah mengadakan Program Bantuan Sara Hidup Penarik Beca (Siri 2) yang telah diadakan di Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan pada 12 Disember 2022.

Bantuan khas ini disempurnakan oleh YB Mej.(B) Dato’ Hj.Md. Anizam Bin Ab.Rahman ini telah melibatkan kira-kira 17  penarik beca yang telah berdaftar dengan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan. Inisiatif dari Kerajaan Negeri ini dibuat dua kali setahun dan ini adalah sembanagan kali kedua bagi tahun 2022. Setiap penarik beca akan menerima RM 600 duit tunai serta bantuan dalam bentuk barangan dapur yang bernilai RM 100.

 

 

 

 

 

 

 

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan