PESTA WAU KEBANGSAAN 2022

TUMPAT - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama dari Persatuan Pelayan Negeri Kelantan telah mengadakan Pesta Wau Kebangsaan Kelantan 2022 kali ke 39 pada 11 – 13 Ogos 2022.

Perasmian kali ini telah disempurnakan oleh YB Mejar (B) Dato’ Hj Md. Anizam Bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan. Walaupun pada kali ini hanya diadakan di peringkat kebangsaan namun kemeriahan tetap dirasai apabila menerima sambutan luar biasa di kalangan pengunjung yang bersama-sama hadir memeriahkan selepas 2 tahun pesta wau tidak dapat dilaksanakan kerana Covid-19

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan