PASIR PUTEH - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Majlis Daerah Pasir Puteh dan Pertubuhan Seni Silat Tari Jatuh Kelantan (Setanjak) telah mengadakan Pertandingan Seni Silat Jatuh Jajahan Pasir Puteh di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh pada 23 September 2022 (Jumaat).
Pertandingan kali ini menampilkan 5 regu dan mendapat sambutan luar biasa apabila penonton yang hadir memenuhi dewan memberikan sorakan gemuruh setiap kali pesilat berjaya menjatuhkan lawan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Wan Hassan bin Wan Ibrahim, merangkap ADUN Semerak bagi Jajahan Pasir Puteh.