Istana Jahar - Merupakan sebuah muzium tradisional dan kebudayaan diraja Kelantan yang dibina pada tahun 1887 dan ditubuhkan pada tahun 1992. Dahulunya ia merupakan istana tempat bersemayan Al-Marhum Sultan Ismail Ibni Sultan Muhammad ke IV (1920 – 1944). Bangunan ini merupakan bangunan yang menjadi hak milik Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah Negeri Kelantan pada 2005 (AKTA 645).

Di sini dipamerkan Adat Istiadat DiRaja seperti; pertunangan, perkahwinan, melenggang perut, adat pijak tanah dan lain-lain yang berkaitan. Bangunan ini sendiri telah melambangkan senireka bangunan dan hiasan istana kesultanan Kelantan yang terkenal itu. Pada bahagian belakang bangunan istana ini terletak Balai Senjata yang mempamerkan alat-alat senjata lama Negeri Kelantan seperti keris, lembing, badik, kelewang dan lain-lain senjata.

Lokasi Istana Jahar adalah sebagaimana berikut