Istana Batu - Juga dikenali sebagai Muzium Diraja. Istana ini pernah menjadi tempat persemayaman Al-Marhum Sultan Yahya Petra Ibni Al- Marhum Sultan Ibrahim, semasa Baginda sebagai Tengku Mahkota Kelantan. Dibina daripada batu yang merupakan terawal di Kota Bharu menjadi milik KDYMM Sultan Kelantan. Pada tahun 1991 KDYMM Sultan Kelantan telah memberi ampun perkenan untuk dijadikan sebuah muzium yang dikenali sebagai “Muzium Diraja”.

Di muzium ini mempamerkan Sejarah Kesultanan Kelantan sejak awal hingga sekarang termasuk salasilah, penulisan-penulisan, rajah-rajah, gambar-gambar, pakaian-pakaian rasmi, barang-barang hadiah dan lain-lain yang berkaitan dengan Kesultanan Kelantan. Muzium ini terletak di Jalan Hilir Kota Bharu bersebelahan dengan Kampung Kraftangan dan Istana Balai Besar.

Lokasi Istana Batu adalah sebagaimana berikut