Balai Seni Lukis Kelantan - Bangunan ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj. Mohd Amar Bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan pada 9 Disember 2013. Bangunan ini terletak bersebelahan dengan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) di Jalan Sultan Ibrahim. Pada tahun 2008 ia diserahkan kepada Perbadanan Muzium Negeri Kelantan untuk dijadikan Balai Seni Lukis Kelantan. Terdapat hasil karya pelukis-pelukis tersohor tanah air yang dipamerkan. Para pengunjung yang hadir akan dikenakan sedikit bayaran masuk.

Lokasi Balai Seni Lukis Kelantan adalah sebagaimana berikut