Jambatan Guillemard - Merupakan sebuah binaan pertama dibina merentasi Sungai Kelantan dan juga jambatan keretapi terpanjang di Malaysia. Ia terletak di Kursial, Tanah Merah. Jambatan keretapi ini dibina dalam tahun 1920 dan siap pada bulan Julai 1924. Pembukaan jambatan ini adalah untuk laluan keretapi dan kenderaan-kenderaan lain. Ia telah dirasmikan oleh KDYMM Al-Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada tahun 1925. Nama "Guillemard" adalah bersempena nama Gabenor British pada masa itu, iaitu Sir Laurence Guillemard.

Walau bagaimanapun, jambatan ini telah musnah apabila diletupkan oleh tentera-tentera British untuk menghalang kemaraan tentera Jepun pada 12 Disember 1941 sebelum mereka berundur ke Kuala Krai. Jambatan keretapi yang telah dirosakkan ini telah siap dibaikpulih dan dibuka kepada lalulintas pada 7 September 1948. Dengan siapnya jambatan baru di kawasan berdekatan, Jambatan Guillemard tidak lagi digunakan untuk kenderaan lain. Sekarang ini hanya digunakan untuk laluan keretapi sahaja.

Lokasi Jambatan Guillemard adalah sebagaimana berikut