Selam Skuba - Terdapat dua lokasi aktiviti selam skuba di perairan Kelantan iaitu Perairan Pantai Sabak dan Perairan Bachok (Pantai Senok). Di Perairan Pantai Sabak terdapatnya sebuah bangkai Kapal Jepun yang telah karam pada tahun 1941 semasa Perang Dunia II iaitu Kapal MS Awazisan Maru. Terletak di koordinat iaitu (N 06 13 822, E 102 20 270) pada kedalaman 22 meter dengan suhu sekitar 28-30 C. Antara spesis hidupan laut yang sering dilihat di sini ialah Lionfish, Stingray, Scorpionfish, Stonefishes, Moray Eel dan Grouper.

Di Perairan Pantai Bachok (Pantai Senok) pula terdapatnya terumbu karang payung. Terletak di koordinat (N 06 05 587, E 102 37 872) pada kedalaman 23 meter. Suhu sekitar 28-30 C. Ia meliputi keluasan 1 kilometer persegi. Jaraknya 30 minit dengan bot laju. Pada 13 Mei 2013, melalui kerjasama Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dan Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC Kelantan) sebanyak 9 tukun tiruan telah dibina dan ditenggelamkan. Tukun-tukun tiruan unik ini melambangkan identiti kebudayaan negeri Kelantan seperti beca, congkak, wau, wayang kulit, gasing, rebana ubi, gong, gendang dan sarang ayam. 

Masa terbaik untuk selam skuba di Kelantan adalah antara April hingga Ogos.

Lokasi Selam Skuba adalah sebagaimana berikut