Rafflesia Lojing Rafflesia Lojing atau Rafflesia Kerrii merupakan spesis terbesar dalam keluarga bunga gergasi. Juga dikenali sebagai bunga pakma, merupakan ikon kepada Tanah Tinggi Lojing, Kelantan. Pada tahun 2009, Kerajaan Negeri Kelantan telah mewartakan kawasan seluas 550 hektar tanah tinggi itu sebagai kawasan pemuliharaan Rafflesia.

Kajian oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mendapati Tanah Tinggi Lojing merupakan salah satu tempat yang mempunyai populasi Rafflesia Kerrii yang terbanyak di dunia. Lojing juga semakin dikenali sebagai destinasi yang popular untuk melihat bunga Rafflesia di Kelantan. Rafflesia di Tanah Tinggi Lojing terdapat di tiga tempat utama iaitu di Kg. Cedau (Post Hendrop), Kg. Kuala Rengi (Post Brooke) dan Kg. Jedip (Post Brooke).

Kebanyakan habitat Rafflesia yang ditemui adalah terletak berdekatan dengan tepi sungai, di kawasan yang curam dan berdekatan dengan pokok-pokok buluh. Populasi paling banyak bunga Rafflesia dijumpai di Kg. Jedip. Bunga Rafflesia didapati mengunjur di sepanjang sungai dan anak sungai. Uniknya spesis bunga Rafflesia Lojing ini adalah berbeza berbanding yang terdapat di Borneo kerana corak dan warnanya luar biasa serta jarang ditemui.

Lokasi Tanah Tinggi Lojing adalah sebagaimana berikut