Menara Tinjau - Menara ini merupakan inisiatif Majlis Pembandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia. la siap dibina pada tahun 2011 lagi. Mercu tanda berketinggian 150 meter ini dilengkapi enam tingkat dan sebuah jam besar yang diletakkan di puncaknya. Pengunjung yang berminat untuk menyaksikan sendiri panorama bandar Kota Bharu, bolehlah masuk dan naik ke menara tersebut yang memulakan operasinya seawal jam 8 pagi sehingga 5 petang. Bukan saja dapat menikmati keindahan bandar, malah pengunjung juga boleh menikmati alam semulajadi, Sungai Kelantan dan fenomena matahari terbenam yang dapat disaksikan ketika waktu senja.

Lokasi Menara Tinjau adalah sebagaimana berikut