Nasi Kerabu - Nasi kerabu merupakan satu jenis makanan yang mempunyai pelbagai variasi warna. Ia selalunya dihidangkan bersama ulam-ulaman yang segar dan ikan.

Nasi Dagang - Nasi dagang dibuat daripada beras pulut merah dan ia disajikan bersama lauk ikan tongkol berserta acar timun.

Nasi Berlauk - Nasi berlauk merupakan nasi putih yang disajikan bersama lauk pauk tradisional seperti gulai ikan dan ayam.

Nasi Tumpang - Merupakan nasi yang dicampur bersama makanan lain (ikan dan daging) dan dibungkus di dalam daun pisang berbentuk kon.

Laksam - Laksam dibuat daripada tepung beras yang dihidangkan bersama kuah lemak santan kelapa dan ulam-ulaman yang segar.

Sambal Daging (Serunding Daging) - Merupakan satu makanan kering dimana dagingnya dimasak bersama rempah ratus.

Budu - Budu merupakan satu sos yang dibuat daripada ikan dan boleh disajikan bersama ikan dan sayuran.

Ayam Percik - Ayam bakar yang disediakan bersama sos santan kelapa yang istimewa (berwarna putih)

Jala Mas - Juga dikenali sebagai makanan diraja. Bahan-bahan utama adalah telur dan gula.

Lompat Tikam - Merupakan satu makanan yang terkanal yang selalunya disajikan dalam majlis-majlis tertentu.

Ketupat Sotong - Ia dibuat daripada beras pulut, sotong dan gula merah sebagai sos.

Lempok - Dibuat daripada durian dan gula tetapi proses membuatnya memakan masa yang agak lama sehingga ia melekit.

Taik Itek - Bahan-bahan utamanya ialah telur, santan, dan gula.

Buah Tanjung - Rasanya manis seperti jala mas dan merupakan makanan warisan kerabat diraja kelantan.

Puteri Mandi - Diperbuat daripada beras pulut dan dihidangkan bersama kelapa manis (sambal).

Akok - Juga dikenali sebagai akok kelantan kerana mempunyai bau yag harum dan dibuat daripada telur dan gula merah.