Ukiran Kayu - Kraf tradisional yang dihasilkan daripada kayu yang berkualiti tinggi ialah cengal, jati dan merbau yang mana sering digunakan untuk membuat bot dan perabot. Motif ukiran kayu biasanya berdasarkan tempat kraf itu digunakan. Motif kaligrafi kebanyakannya digunakan di masjid dan motif alam sekitar dibangunan istana dan golongan bangsawan. Semakin cantik dan menarik ukiran itu, semakin tinggi golongan masyarakat yang menggunakannya. Seni ukiran kayu ini begitu aktif dihasilkan di Kelantan terutamanya di sekitar Tumpat.