Songket - Songket merupakan pakaian tradisional melayu yang sentiasa dibanggakan oleh penduduk Kelantan. Songket diberi jolokan sebagai “Cloth of Gold”. Selalunya pakaian songket ini dikhaskan untuk pihak diraja sahaja. Namun kini ia sudah biasa digunakan oleh orang ramai dalam melangsungkan perkahwinan atau menyambut sebarang perayaan. Industri tenunan songket boleh didapati di sekitar Kampung Penambang, Kota Bharu.