Perusahaan Mambong Kampung Mambong merupakan salah satu kampung yang jauh terpencil dari bandar Kuala Krai. Ia berada dalam Daerah Batu Mengkebang. Sungai Galas memisahkan kampung ini dengan bandar Kuala Krai. Penduduk kampung dan pelajar sekolah menjadikan bot sebagai pengangkutan utama mereka untuk berulang-alik ke sekolah dan ke bandar Kuala Krai. Masa perjalanan yang diambil dengan menaiki motorbot tersebut adalah kira-kira satu jam bagi sehala iaitu daripada pengkalan Kampung Mambong ke pengkalan Kuala Krai. 

Kampung Mambong terkenal dengan pengusahaan barangan mambong di mana pembuatannya berasaskan tanah liat atau tanah pusu. Kebanyakkan penduduk di kampung ini mempunyai kepakaran dalam bidang pembuatan barangan tersebut. Barangan ini memdapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada penduduk setempat dan juga dari luar negeri. Antara barangan yang dihasilkan daripada Kampung Mambong tersebut adalah pasu, pasu belimbing, belanga, cerek air, bekas bara, labu air, tempayan dan sebagainya. 

Ia juga menjadi tempat kunjungan pelancong sama ada dari luar atau dalam negeri. Kebanyakkan pelajar IPTA dan IPTS serta pegawai-pegawai dari jabatan negeri mengunjungi kampung ini untuk mengetahui tentang cara-cara pembuatan barangan Mambong dengan lebih dekat lagi.

Lokasi Perusahaan Mambong adalah sebagaimana berikut