Perak - Produk perak terkenal di Kelantan kerana keunikan ukiran dengan kehalusan seni serta rekabentuk yang menarik. Produk yang dihasilkan seperti mangkuk buah, set minuman, bekas  habuk rokok, kerongsang, rantai atau gelang serta pelbagai hiasan diri untuk lelaki dan wanita.Perusahaan terdapat di Kampung Sireh, Kota Bharu dan Kampung Morak, Tumpat.