Taman Negara Kuala Koh - Taman Negara terletak di tiga buah sempadan yang melibatkan negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Taman Negara Kuala Koh terletak di sempadan negeri Kelantan dan berada dalam Jajahan Gua Musang. Ia terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Hantu dan Hutan Simpan Lebir. Kejauhan lokasinya adalah kira-kira 290 km dari Kuala Kumpur, 185 km Kota Bharu dan 90 km dari Gua Musang. Ia mudah diakses oleh pengunjung dan pelancong melalui jalan raya khususnya Jalan Gua Musang - Kuala Krai. Aset semulajadi yang dimiliki terutamanya kepelbagaian kehidupan flora dan fauna serta ekosistem hutan hujan tropika amat sesuai bagi aktiviti ekopelancongan selain bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R & D).

Antara aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ialah pemerhatian burung (melebihi 300 spesies), memancing di rangkaian sungai, sesi fotografi, meredah hutan melalui rentis interpretif, berkayak/berakit, menaiki titian kanopi dan perkhemahan. Bagi keselesaan pengunjung dan pelancong, terdapat kemudahan yang disediakan di Taman Negara Kuala Koh iaitu chalet dan asrama, restoran, bilik mesyuarat, bilik interpretif, tapak perkhemahan, perkhidmatan bot, wakaf/pondok untuk istirehat, surau dan tempat letak kenderaan. Selain itu, sebuah jambatan gantung telah siap dibina berhampiran Kuala Koh memberikan peluang kepada para pengunjung untuk menyaksikan keajaiban hutan hujan tropika yang menyimpan sejuta rahsia.

Lokasi Taman Negara Kuala Koh adalah sebagaimana berikut