Lata Rek - Lata Rek merupakan salah satu air terjun yang menjadi tarikan di Kelantan. Ia merupakan air terjun dengan ketinggiannya tidak lebih dari 20 meter dan 100 meter panjang. Terletak 27 km dari Kuala Krai melalui Jalan Persekutuan Kuala Krai - Gua Musang. Ia juga merupakan salah satu tarikan rekreasi yang popular di Kuala Krai. Lata Rek digemari oleh pengunjung kerana kedalaman air yang cetek dan bersih sesuai untuk kanak-kanak mandi-mandi. Kemudahan asas juga tersedia untuk keselesaan para pengunjung.

Lokasi Lata Rek adalah sebagaimana berikut