Jeram Mengaji - Juga dikenali sebagai 'Jeram Mak Nenek' di kalangan penduduk setempat. Ia dibuka pada tahun 2005 dan masih dalam pembangunan. Jeram yang terletak di kawasan pedalaman Selising ini terkenal dengan keindahan air terjunnya yang memutih. Terdapat juga kemudahan asas disediakan untuk para pengunjung. Lokasinya terletak lebih kurang 6 km dari Pekan Selising atau 22 km dari Bandar Pasir Puteh. Jeram ini bakal dibangunkan sebagaimana Jeram Pasu dan Jeram Linang. Kedudukannya agak pedalaman dan belum diketahui oleh orang ramai. Jeram ini sesuai untuk aktiviti keluarga dan riadah hujung minggu. Jeram ini akan dibangunkan sepenuhnya untuk kunjungan orang ramai agar ianya dapat menjadi salah satu pusat rekreasi yang sedia ada dan dikenali umum.

Lokasi Jeram Mengaji adalah sebagaimana berikut