Pantai Bisikan Bayu - Pantai ini mendapat namanya dari bunyi angin laut yang lembut seakan berbisik apabila bergesek dengan dedaun pohon rhu. Ia juga dikenali sebagai Pantai Dalam Rhu. Pantai Bisikan Bayu merupakan satu produk pelancongan yang paling awal dibangunkan di Pasir Puteh. Lokasinya terletak di Cherang Ruku, Semerak dengan jarak 16 km dari bandar Pasir Puteh, 3 km dari Pekan Cherang Ruku dan kira-kira 50 km dari Kota Bharu.

Pengangkutan awam yang disediakan untuk datang ke sini ialah bas dan teksi. Tambang bas ke Cherang Ruku ialah RM 1.50 manakala tambang teksi ialah RM 2.00 dari bandar Pasir Puteh. Untuk sampai ke Pantai Bisikan Bayu, anda perlu menaiki teksi sekali lagi dengan bayaran RM 1.00 seorang. Kemudahan yang disediakan di pantai ini ialah surau, tandas, bilik persalinan, taman permainan dan juga terdapat sebuah chalet penginapan iaitu Taman Rehlah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah berkelah, berkhemah dan aktiviti keluarga.
 
Lokasi Pantai Bisikan Bayu adalah sebagaimana berikut