Jeram Pasu - Terletak di Kampung Padang Pak Amat dan boleh dikunjungi secara berkenderaan merapati sehingga ke lokasi. Airnya yang jernih, sejuk serta nyaman pastinya akan menggembirakan dan memuaskan hati setiap pengunjung. Ia terletak lebih kurang 16 km dari Bandar Pasir Puteh menghala ke Kota Bharu. Kemudahan yang disediakan di sini ialah kolam mandi dewasa, kolam mandi kanak-kanak, surau, tandas, bilik persalinan, wakaf-wakaf, gerai menjual makanan dan tempat letak kereta.

Pusat rekreasi ini menyajikan keindahan flora dan faunanya yang tersendiri dan amat sesuai untuk aktiviti santai keluarga pada hujung minggu.

Lokasi Jeram Pasu adalah sebagaimana berikut