Previous Next

Lata Hujan

Air Terjun Lata Hujan Tanah Merah terletak di Hutan Simpan Ulu Kusial. Lata Hujan adalah merupakan tempat untuk berkelah dan rekreasi yang popular di kalangan penduduk setempat. Lata Hujan bukan sahaja berjaya menarik pelancong tempatan malah pelancong  antarabangsa. 

Usaha kerajaan dan pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan kemudahan seperti Tandas Awam, Wakaf Rehat, Musalla dan tempat untuk berkhemah telah berjaya mengangkat Lata Hujan sebagai salah sebuah tempat yang menarik untuk dikunjungi.  Lata Hujan mempunyai air terjun yang jernih dan sekaligus menjadikan tempat ini sesuai untuk mandi manda dan tempat untuk melakukan rekreasi air.

 

Lokasi Lata Hujan adalah sebagaimana berikut

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan