KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Bus “Kelantan Sightseeing Tour” dan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara Jasa Teratai Holding Sdn. Bhd. dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang diadakan di Jewels Hotel, Kota Bharu pada 15 September 2020. Program ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan Dan Pelancongan Negeri Kelantan YB Mejar (B) Dato’ Haji Md. Anizam bin Ab Rahman.

Selaras dengan slogan “Maghi Derak Kelate” (Datang Melancong Ke Negeri Kelantan), ini jelas menunjukkan usaha dari pihak kerajaan untuk menggalakan kembali sektor pelancongan di negeri ini dan menjadikan Kelantan sebagai satu destinasi pelancongan wajib dikunjungi. Tujuan perkhidmatan “shuttle bus” kepada para pelancong yang berkunjung ke Kota Bharu melalui pakej-pakej khas seperti pakej separuh hari melawat sekitar kawasan tarikan pelancongan di Kota Bharu, pakej ke tempat bersejarah dan warisan serta pakej melawat produk eko pelancongan. Antara tempat-tempat yang boleh dilawati oleh para pelancong adalah seperti Pantai Cahaya Bulan, Pantai Mek Mas, Dataran Muhammadi, Pengkalan Kubor, Pasar Terapung Pengkalan Datu, Masjid Ar-Rahman dan sebagainya.

Bas ini akan mengambil pelancong dari hotel-hotel di sekitar Kota Bharu untuk dibawa ke stesen Bas Persiaran iaitu di Dataran Muhammadi. Antara hotel yang terpilih adalah Jewels Hotel, Aslah Butik Hotel, Hotel Perdana, Crystal Lodge dan Hotel Grand Riverview.

 

 

 

 

 

Previous Next

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Baucer Penginapan Tahun Melawat Kelantan 2020 yang diadakan di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu pada 9 Ogos 2020.

Pemberian baucer penginapan adalah melibatkan peruntukan sebanyak RM150,000.00 kepada 50 buah hotel yang dipilih melalui Persatuan Hotel Kelantan (MAH) dan Persatuan Hotel Budget Kelantan (MyBHA). Diharap melalui pelancaran ini dapat menarik lagi minat pelancong untuk datang ke Negeri Kelantan yang sememangnya terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan serta tempat-tempat menarik yang wajib dikunjungi.

Program ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan Dan Pelancongan Negeri Kelantan YB Mejar (B) Dato’ Haji Md. Anizam bin Ab Rahman.

Previous Next

PASIR MAS - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Majlis Daerah Pasir Mas dan Pertubuhan  Gabungan Seni Silat Tari Jatuh Kelantan (Setanjak) telah menganjurkan Pertandingan Seni Silat Jatuh Jajahan Pasir Mas yang bertempat di Dataran Bandar Baru Pasir Mas (Lubok Jong), Kelantan.

Pertandingan yang diadakan pada 28 Februari 2020 (Jumaat)  pada jam 9.00 malam telah mendapat sambutan yang luar biasa apabila pengunjung yang hadir adalah sekitar 3,000 orang. Pertandingan silat kali ini telah menampilkan 8 orang pesilat muda dan 2 orang pesilat veteran.

Persembahan bertenaga telah ditampilkan oleh pesilat hingga mendapat tepukan gemuruh dari penonton yang terhibur melihat aksi dan kelincahan pesilat dalam melakukan serangan dan ketika bertahan. Majlis penutup telah disempurkan oleh YB Mejar (B) Dato’ Hj Md. Anizam Bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan  Pelancongan Negeri Kelantan.

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) telah menganjurkan program Disinfeksi Di Premis Penginapan Pelancongan bagi Tahun 2020 yang diadakan di Hotel Perdana, Kota Bharu pada 27 Julai 2020.

Matlamat program ini adalah untuk meyakinkan pelancong tempatan bahawa premis penginapan pelancongan di Negeri Kelantan adalah berada dalam keadaan bersih dan terjaga.

Program ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan Dan Pelancongan Negeri Kelantan YB Mejar (B) Dato’ Haji Md. Anizam bin Ab Rahman.

Program disinfeksi telah mendapat kerjasama dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Jabatan Kesihatan Negeri, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Tourism Malaysia Kelantan dan Persatuan Hotel Kelantan (MAH) dan Persatuan Hotel Budget Kelantan (MyBHA).

Semoga inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan ini dapat meyakinkan para pengunjung untuk datang ke negeri Kelantan seterusnya menyokong kempen pelancongan domestik.

 

 

 

Previous Next

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) telah menganjurkan program ‘Festival Makanan Kelantan’ pada 20 – 22 Februari 2020 (Khamis & Sabtu) bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Ini adalah merupakan program yang telah dirangka dan dimasukan dalam kalendar pelancongan Tahun Melawat Kelantan (TMK 2020). Dengan menggunakan tema 3F (Family, Food & Festival) bagi TMK 2020, program ini bukan sahaja menyediakan pelbagai aneka makanan Kelantan seperti nasi kerabu, nasi berlauk, nasi tupeng malah pelbagai jenis kuih-muih dan manisan Kelantan.

Disamping pengunjung mendapatkan pelbagai pilihan makanan yang disediakan, mereka juga disajikan dengan pelbagai persembahan yang telah diaturkan seperti Pertunjukan Seni Silat Tari, Dikir Barat, Pertunjukan Wayang Kulit, Pertandingan Mewarna dan Cabutan Bertuah kepada pengunjung yang datang,.

Lebih meriah apabila beca pelancongan turut disediakan kepada pengunjung yang ingin merasai pengalaman menaiki beca dan dibawa mengelilingi kawasan stadium dan kawasan sekitar stadium. Program kali ini turut memperkenalkan rakan strategic seperti Adabi, MyCar, Odermakan, Persatuan Pemandu Pelancong, Hotel Bajet dan banyak lagi.

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan