BANTUAN PELANCONGAN SIRI 1

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan telah mengadakan Program Bantuan Khas Covid 19 Fasa 2, 2021 Bagi Industri Pelancongan Siri 1 yang diadakan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu pada 28 Mac 2021.

Bantuan khas ini disempurnakan oleh YB Mej.(B) Dato’ Hj.Md. Anizam Bin Ab.Rahman ini tlah melibatkan kira-kira 155 penerima bantuan yang terdiri daripada pemain industry pelancongan negeri Kelantan. Antara mereka yang terlibat dalam bantuan khas bagi siri 1 adalah premis penginapan pelancongan yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, operator pelancongan, pemandu pelancongan, penggiat seni Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negera dan operator bot pelancongan.

Selanjutnya, Bantuan Khas Covid 19 Fasa 2, 2021 Bagi Industri Pelancongan Siri 2 yang melibatkan penarik beca dan juga penggiat seni yang berdaftar di bawah Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan akan diadakan sebelum menjelangnya bulan Syawal.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan