PROGRAM DISINFEKSI 2020

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) telah menganjurkan program Disinfeksi Di Premis Penginapan Pelancongan bagi Tahun 2020 yang diadakan di Hotel Perdana, Kota Bharu pada 27 Julai 2020.

Matlamat program ini adalah untuk meyakinkan pelancong tempatan bahawa premis penginapan pelancongan di Negeri Kelantan adalah berada dalam keadaan bersih dan terjaga.

Program ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan Dan Pelancongan Negeri Kelantan YB Mejar (B) Dato’ Haji Md. Anizam bin Ab Rahman.

Program disinfeksi telah mendapat kerjasama dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Jabatan Kesihatan Negeri, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Tourism Malaysia Kelantan dan Persatuan Hotel Kelantan (MAH) dan Persatuan Hotel Budget Kelantan (MyBHA).

Semoga inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan ini dapat meyakinkan para pengunjung untuk datang ke negeri Kelantan seterusnya menyokong kempen pelancongan domestik.

 

 

 

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan