Previous Next

PERTANDINGAN SENI SILAT JATUH

PASIR MAS - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Majlis Daerah Pasir Mas dan Pertubuhan  Gabungan Seni Silat Tari Jatuh Kelantan (Setanjak) telah menganjurkan Pertandingan Seni Silat Jatuh Jajahan Pasir Mas yang bertempat di Dataran Bandar Baru Pasir Mas (Lubok Jong), Kelantan.

Pertandingan yang diadakan pada 28 Februari 2020 (Jumaat)  pada jam 9.00 malam telah mendapat sambutan yang luar biasa apabila pengunjung yang hadir adalah sekitar 3,000 orang. Pertandingan silat kali ini telah menampilkan 8 orang pesilat muda dan 2 orang pesilat veteran.

Persembahan bertenaga telah ditampilkan oleh pesilat hingga mendapat tepukan gemuruh dari penonton yang terhibur melihat aksi dan kelincahan pesilat dalam melakukan serangan dan ketika bertahan. Majlis penutup telah disempurkan oleh YB Mejar (B) Dato’ Hj Md. Anizam Bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan  Pelancongan Negeri Kelantan.

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan