Previous Next

KARNIVAL 3F (KOTA BHARU)

KARNIVAL 3F

 

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan telah menganjurkan Karnival 3F Kelantan 2020 pada 23 – 29 Januari 2020 bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Karnival 3F adalah singkatan kepada Family, Food & Festival iaitu tema yang digunakan sempena dengan Tahun Melawat Kelantan 2020. Karnival 3F adalah merupakan salah satu tempat untuk mereka yang masih bujang mahupun yang telah berkeluarga mendapatkan makanan dan juga menyaksikan pelbagai acara dan persembahan kebudayaan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Berbagai-bagai program diatur bagi memeriahkan program selama 7 hari ini iaitu Jualan dan Pameran 3F, Demonstrasi Pembuatan Wayang Kulit, Demostrasi Mencating Batik, Persembahan Permainan Kertok, Festival Makanan Kelantan, Persembahan Silat Tari, Rebana Ubi, Wayang Kulit, Persembahan Tarian Tradisional, Persembahan bermain api, Dikir Barat, Pertunjukan Beca Berhias dan banyak lagi.

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan