Kolam Air Panas Tok Bok - Kolam Air Panas ini terletak di Kampung Rengas, Labok lebih kurang 20 kilometer dari Machang. Terletak berhampiran dengan jalan negeri Tok Bok ke Selising, Pasir Puteh. Tahap kepanasannya amat tinggi dan berbeza dengan kolam-kolam air panas lain yang terdapat di negeri Kelantan. Kawasannya dikelilingi kehijauan pokok-pokok dan sawah padi. 

Majlis Daerah Machang kini dalam usaha menaiktaraf dan menambahbaik kemudahan awam serta mencantikkan lanskap di kawasan Kolam Air Panas bagi memberikan keselesaan kepada para pengunjung. Di samping itu juga, ia dapat menarik para pelancong datang ke Daerah Machang.

Lokasi Kolam Air Panas Tok Bok adalah sebagaimana berikut