Jeram Linang - Jeram Linang merupakan salah satu kawasan rekreasi hutan lipur air terjun yang terkenal di Kelantan. Jeram Linang terletak di Hutan Simpan Ulu Sat, Machang. Air Terjun Jeram Linang setinggi 12 meter sering menjadi tumpuan sebagai lokasi perkelahan. Jeram Linang terletak kira-kira 65 km dari Kota Bharu, 15 km dari Machang (melalui jalan Machang – Wakaf Linchong) dan 10 km dari Pasir Puteh (melalui jalan Pasir Puteh – Machang).

Pusat rekreasi ini merupakan kawasan air terjun berbatu dan mempunyai laluan untuk mendaki ke puncak air terjun. Kawasan mandi untuk golongan dewasa dan kanak turut disediakan, juga terdapat taman permainan kanak-kanak dan kawasan ini merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk tapak perkhemahan dan kemudahan seperti tapak, dewan dan restoran masakan panas juga disediakan. Ia merupakan desinasi yang ideal untuk berkelah, berehat serta sesuai untuk aktiviti merentas hutan. Kawasan letak kereta disediakan untuk kemudahan pengunjung dan juga terdapat satu mini zoo disediakan di sini oleh pihak Pejabat Hutan Negeri Kelantan. 

Lokasi Jeram Linang adalah sebagaimana berikut