Tangga Krai Dibina pada tahun 1927, dan turut dikenali sebagai “Tangga Bradley” sempena nama ketua jajahan pada ketika itu dan berubah kepada “Tangga Krai” pada tahun 1994. Terletak di Bandar Kuala Krai di tepi Sungai Kelantan dan bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai. Tangga Krai yang mempunyai 81 anak tangga ini amat penting kepada sesetengah penempatan sebagai nadi perhubungan dengan Kuala Krai sehingga hari ini. Ia juga penanda aras untuk menyukat paras air pada musim banjir. 

Lokasi Tangga Krai adalah sebagaimana berikut