Muzium Perang - Juga dikenali Bank Kerapu atau Memorial Perang Dunia Kedua. Bangunan ini ditubuhkan pada tahun 1991 terletak bersebelahan dengan Padang Merdeka. Merupakan bangunan asal bank The Mercantile Bank of India Limited yang beroperasi pada tahun 1912. Tahun 1981 Kerajaan Negeri Kelantan mengambil alih bangunan tersebut bagi kegunaan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan tingkat atas dijadikan Dewan Kraftangan. Tahun 1991 ditubuhkan "Memorial Perang Dunia Kedua” dan digunakan sepenuhnya sebagai tempat pameran kesan-kesan sejarah peperangan Dunia Kedua (1941-45).

Muzium ini mempamerkan artifak, gambar-gambar mengenai sejarah peperangan Dunia Kedua secara ringkas khususnya di Negeri Kelantan yang merupakan permulaan Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu bermula di Kuala Pak Amat Kota Bharu pada awal 8 Disember 1941 iaitu serangan pertama tentera Jepun.

Lokasi Muzium Perang adalah sebagaimana berikut