Sepak Bulu Ayam - Permainan ini dimainkan dengan membuat bulatan dan biasanya pemain akan menggunakan kaki, buku lali dan kepala untuk bermain serta mengagih-agihkan kepada pemain yang lain dalam bulatan. Para pemain perlu menimbang bola bulu ayam tersebut, sepakan tidak dibenarkan, jika dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ke tanah.