Previous Next

Wayang Kulit - Wayang Kulit merupakan sejenis permainan tradisi masyarakat Kelantan, biasanya diadakan di bangsal atau panggung lengkap dengan kumpulan muzik serta patung-patung wayang kulit yang terdiri daripada pelbagai watak. Tok Dalang merupakan orang yang melakonkan atau menggerakkan patung-patung wayang kulit mengikut kisah cerita yang hendak dipertunjukkan. Kisah cerita dalam permainan wayang kulit asalnya dari epik Hindu tetapi kini telah diubahsuai dengan kebudayaan melayu tempatan. Perusahaan ini boleh didapati di Kampung Kemasin, Bachok, Kampung Pasir Chetok, Pasir Mas, Kampung Laut, Tumpat, Kampung Setek, Kota Bharu dan Kampung Sri Tunjong, Tumpat.

 

Previous Next

Batik - Negeri Kelantan kaya dengan hasil seni batik kerana batik merupakan pakaian tradisi bagi penduduk Kelantan. Tempat yang terkenal dengan perusahaan membuat batik antaranya yang dijalankan di Kampung Kota, Kampung Puteh dan Kampung Badang di Kota Bharu. Pengunjung boleh melawat kilang menghasilkan batik dan melihat sendiri keseluruhan proses penghasilkan batik.

Previous Next

Songket - Songket merupakan pakaian tradisional melayu yang sentiasa dibanggakan oleh penduduk Kelantan. Songket diberi jolokan sebagai “Cloth of Gold”. Selalunya pakaian songket ini dikhaskan untuk pihak diraja sahaja. Namun kini ia sudah biasa digunakan oleh orang ramai dalam melangsungkan perkahwinan atau menyambut sebarang perayaan. Industri tenunan songket boleh didapati di sekitar Kampung Penambang, Kota Bharu.

Previous Next

Rantau Panjang - Merupakan tempat terkenal sebagai kawasan bebas cukai yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand yang terpisah dengan Sungai Golok. Rantau Panjang terletak kira-kira 40 km dari Kota Bharu. Kepelbagaian produk seperti pinggan-mangkuk, makanan, pakaian, kelengkapan rumah dan sebagainya boleh didapati dengan harga murah. Kompleks membeli belah ini dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 7.00 malam.

 

Lokasi Rantau Panjang adalah sebagaimana berikut

Page 1 of 7

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

Please publish modules in offcanvas position.