Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) telah menganjurkan program ‘Kelantan Cultural Showcase @ Central Market’ pada 21 & 22 Julai 2018 (Sabtu & Ahad) bertempat di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Program ini dianjurkan bagi memperkenalkan produk pelancongan dan kebudayaan Negeri Kelantan kepada pelancong tempatan dan antarabangsa yang berada di Kuala Lumpur. Pelbagai persembahan kebudayaan ditampilkan kepada pelancong yang hadir antaranya Persembahan Seni Silat Tari, Gasing Terbang, Rebana Ubi, Kertok, Dikir Barat dan Tarian Tradisional. Di samping itu, turut dipersembahkan secara langsung keunikan dalam demonstrasi pembuatan Wau, Batik, Keris, Tasbih dan Wayang Kulit.

Program selama 2 hari ini telah mendapat sambutan yang baik dari pelancong tempatan dan juga antarabangsa. Penganjuran program ini merupakan langkah awal bagi mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia.

Kembali