YB Mejar (B) Dato’ Haji Md. Anizam Bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan telah menyempurnakan majlis pelepasan peserta (flag off) Rainforest Trophy Malaysia 2018 bertempat di Dataran Kota Sultan Ismail Petra (Dataran Rehal), Kota Bharu.

Program Rainforest Trophy Malaysia 2018 ini telah mendapat kerjasama daripada Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC), Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Polis DiRaja Malaysia Negeri Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), HnH Tours, Majlis Daerah Tanah Merah, Majlis Daerah Dabong dan Majlis Daerah Gua Musang.

Jumlah peserta yang menyertai ‘Rainforest Trophy Malaysia 2018’ Negeri Kelantan mencapai hampir 200 orang dan berjaya menarik peserta daripada dalam dan luar negara antaranya China, Thailand, India, Hong Kong dan Brunei.

Turut mengiringi bersama ialah Ketua Penolong Setiausaha (Pelancongan & Kebudayaan), Pegawai Perhubungan Awam MPKB-BRI dan Encik Luis JA Wee, Pengasas Rainforest Challenge (RFC).

Kembali