Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan telah menganjurkan Temasya Kesenian & Kebudayaan Kelantan, juga dikenali sebagai Kelantan Art & Culture Festival 2018 (KACF)  pada 23 hingga 25 Mac 2018 (Jumaat – Ahad) bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Berbagai-bagai program diatur bagi memeriahkan program selama 3 hari ini iaitu Festival Makanan Muslim Etnik Kelantan, Pertandingan Dam Aji, Persembahan Silat Tari, Rebana Ubi, Kertok, Pembuatan Wau, Batik, Wayang Kulit, Teater Tradisional Kelantan, Tarian Orang Asli, Tarian Silat Minang, Karnival Art Of Speed, Pameran Hobi, Pertandingan Mewarna, Karom, Pertandingan Seni Kecantikan Burung Murai Batu, Burung Candik, Ayam Serama, Pertunjukan Skate Board, BMX dan banyak lagi. Bersempena dengan program ini juga turut diadakan Majlis Perasmian Tahun Melawat Kota Bharu 2018 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Majlis Perasmian KACF telah disempurnakan oleh YB Mejar (B) Dato’ Hj Md. Anizam Bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan. Turut hadir bersama ialah YB Dato’ Hj Abdullah Bin Ya’kub, Speaker Dewan Negeri Kelantan, YB Dato' Shahidani bin Abd Aziz @ Juned, Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ketua-Ketua Jabatan.

Kembali