YB Mejar (B) Dato’ Haji Md. Anizam Bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan menyampaikan sumbangan Bantuan Sara Hidup kepada Penarik Beca bertempat di Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) pada pagi 11 Jun 2018 (Isnin).

Sebanyak RM1200 diberikan kepada setiap penarik beca yang berdaftar dan bayaran dilakukan sebanyak 2 fasa. Fasa 1 telah dilakukan pada 15 Mac 2018 lepas. Majlis ini melibatkan seramai 28 penarik beca terdiri dari usia 53 sehingga 86 tahun. Bantuan Sara Hidup Penarik Beca ini diberi bagi menunaikan janji Manifesto Kerajaan untuk memberikan bantuan sara hidup kepada para penarik beca yang aktif.

Beliau turut berkata Kerajaan Negeri kini sedang merancang pengubahsuaian beca kepada jenis elektrik. Beca elektrik ini menggunakan sumber kuasa dari bateri yang boleh dicaj. Pada peringkat permulaan sebanyak 9 buah beca elektrik telah dibuat. Beliau berharap bantuan dan inisiatif ini dapat meringankan tenaga penarik beca berusia dan dalam masa yang sama dapat menarik minat penarik beca muda untuk menceburinya.

Majlis turut dihadiri oleh YABhg Dato’ Hj Adnan Bin Hussin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan).

Kembali