Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) telah menyertai MITA Travel Fair 2018 yang diadakan di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. Ekspo pelancongan ini dilangsungkan selama 3 hari bermula 19 - 21 Januari 2018 (Jumaat – Ahad).

Ekspo pelancongan ini juga mendapat kerjasama khas daripada Persatuan Pertubuhan Kerabat Kelantan Al-Muhammadi yang turut sama dalam program kali ini. Turut menyertai pameran ekspo ini ialah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Kelantan Gold Trade, Y.E.S @ GU Kito, Hotel Perdana, Hotel Al-Khatiri, Khalifa Suites & Apartment dan beberapa agensi lain.

Selain itu, Kelantan telah membawa beberapa persembahan kebudayaan bagi memperkenalkan seni dan budaya negeri Kelantan antaranya Persembahan Seni Silat Tari, Demonstrasi Pembuatan Batik, Demonstrasi Pembuatan Wau, Gasing Terbang dan Wayang Kulit.

Kembali