Sekitar program Pertandingan Seni Silat Jatuh Jajahan Jeli yang telah diadakan pada 27 Oktober 2017 (Jumaat) pada jam 9.00 malam, bertempat di Tapak Pasar Tani Ayer Lanas, Jeli, Kelantan.

Program ini merupakan salah satu program Kerajaan Negeri Kelantan melalui Majlis Daerah Jeli dengan kerjasama Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dan Pertubuhan Gabungan Seni Silat Tari Jatuh Kelantan (Setanjak).

Pertandingan ini telah disempurnakan dengan jayanya oleh YB Mejar (B) Dato’ Hj Md. Anizam Bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan & Warisan Negeri Kelantan. Antara yang turut sama menyampaikan hadiah dalam pertandingan ini ialah YB Dato’ Haji Abdullah Bin Ya’kub, Speaker Dewan Negeri Kelantan dan YABrs Encik Zulkifle Bin Ab. Rahman, Ketua Jajahan Jeli.

Kembali